PENGIKUT

Selasa, Disember 22, 2009

HARI INI HARAMKAN MENARA .. ESOK HARAMKAN MASJID PULA

Dr. Yusuf al-Qaradawi, Pengerusi Persatuan Ulama Antarabangsa, menyatakan rasa kesal dan kecewa beliau terhadap hasil keputusan pungutan suara yang mengharamkan pembinaan menara-menara masjid di Switzerland. Beliau memberi amaran tentang kesan negatif pengharaman menara masjid ke atas penduduk Islam di Switzerland dengan menyatakan “Penduduk Islam di Switzerland boleh sembahyang di masjid tanpa menaranya tetapi jika mereka merasa terpaksa berbuat demikian disebabkan satu undang-undang yang mengharamkannya, serta perkara ini merupakan sikap permusuhan terhadap mereka, maka mereka pasti merasa tersisih oleh masyarakat negara tersebut. Ini sudah pasti memberi kesan terhadap kesetiaan mereka terhadap tanahair”.


Photobucket
Dr Yusuf al-Qaradawi.

Beliau menegaskan lagi “bukanlah perkara baik untuk mana-mana masyarakat apabila sesetengah golongan daripadanya merasa mereka tidak disukai. Adalah lebih baik untuk kita menyokong apa-apa yang membawa kepada budaya saling menyayangi bukan membenci, dialog dan bukan pergaduhan, kebersamaan dan bukan pengabaian”. Qaradawi menambah bahawa keputusan pungutan suara tersebut menunjukkan sikap alpa terhadap perbincangan tentang keamanan dan toleransi yang telah berlangsung berabad-abad lamanya.

Dalam mesej kepada penduduk minoriti Islam di Switzerland, Al-Qaradawi menyeru mereka “untuk bekerjasama dengan masyarakat sekeliling dengan asas bahawa mereka adalah bahagian yang tidak terpisah daripadanya, memberi kesetian yang ikhlas terhadap tanahair serta bersikap mulia dan jujur dalam menjaga nama baik masyarakat itu”.

Kepada umat Islam di negara-negara Arab dan Islam pula, Qaradawi menyeru mereka untuk menunjukkan penolakan terhadap pungutan suara yang prejudis tersebut. Beliau menggalakkan mereka untuk mengadakan perhimpunan bantahan di semua Kedutaan Switzerland sambil mendakwa “jika kita tunduk kepada pengharaman menara masjid yang merupakan simbol Islam sendiri bermakna kita memberi lampu hijau untuk pengharaman masjid pula seterusnya”.

Pihak kerajaan dan Parlimen Switzerland menentang inisiatif pungutan suara tersebut sebagai pencabulan terhadap Perlembagaan Switzerland, kebebasan beragama, dan sikap toleransi yang ditegakkan negara terbabit. Majlis Hak Asasi Manusia PBB turut menyatakan kebimbangan terhadap inisiatif itu.

“Sememanngnya pengharaman terhadap menara masjid bermaksud kekangan yang tidak sepatutnya terhadap kebebasan individu dalam beragama dan mempamerkan sikap diskriminasi yang jelas nyata terhadap komuniti Islam di Switzerland”, demikian menurut seorang aktivis hak asasi manusia.

Perjanjian Antarabangsa 1966 untuk Hak-hak Sivil dan Politik, yang mana Switzerland merupakan antara 164 negara yang menandatanganinya, mengikat kerajaan-kerajaan untuk melindungi dan menghormati kebebasan berfikir, berprinsip dan beragama.

Kebeasan beragama merupakan salah satu batu asas dalam perlembagaan negara Switzerland.

Sumber: Ikhwanweb

Tiada ulasan: