PENGIKUT

Selasa, Disember 15, 2009

AL-WALA (KESETIAAN ) DAN AL-BARRA' (KEBENCIAN ) BAHAGIAN 1

1 - DEFINISI AL-WALA’ WAL BARA’


Wala’ adalah kata masdar dari fi’il “waliya” yang ertinya dekat. Yang dimaksudkan dengan wala’ di sini adalah dekat kepada kaum muslimin dengan mencintai mereka, membantu dan menolong mereka atas musuh-musuh mereka dan bertempat tinggal bersama mereka.


Sedangkan bara’ adalah masdar dari bara’ah yang bererti memutus atau memotong. “برى القلم” ertinya memotong pena. Maksudnya di sini adalah memutuskan hubungan atau ikatan hati dengan orang-orang kafir, sehingga tidak lagi mencintai mereka, membantu dan menolong mereka serta tidak tinggal bersama mereka.


2 - KEDUDUKAN AL-WALA’ WAL BARA’ DALAM ISLAM


Di antara hak tauhid adalah mencintai ahlinya iaitu para muwahidin, serta memutuskan hubungan dengan para musuhnya iaitu kaum musyrikin. Allah s.w.t. berfirman:

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ (٥٥)وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا 

فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ
Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang. (al-Ma’idah 5: 55-56)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْم
 الظَّالِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai pemimpin-pemimpin-mu, kerana sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain; Dan barang siapa di antara kamu yang megambil mereka menjadi pemimpinnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. (al-Ma’idah 5: 51)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuh kamu menjadi teman-teman setia... (al-Mumtahanah 60: 1)

وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ إِلا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ
Dan orang-orang yang kafir, sebahagian mereka menjadi pelindung (pembela) bagi sbahagian yang lain. Jika kamu (Wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan Yang besar. (al-Anfal 8: 73)

لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الإيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ 

Kamu tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. (al-Mujadilah 58: 22)


Dari ayat-ayat di atas jelaslah tentang wajibnya melahirkan kecintaan kepada sesama mukmin, dan memusuhi orang-orang kafir; serta kewajiban menjelaskan bahawa kecintaan sesama umat Islam adalah kebajikan yang amat besar, dan taat kecintaan kepada orang kafir adalah bahaya besar.


Kedudukan al-wala’ wal bara’ dalam Islam sangatlah tinggi, kerana ia merupakan tali iman yang paling kuat. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
أوثق عرى الإيمان الحب في الله والبغض فى الله
“Tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana allah dan benci kerana Allah.” (Hadis Riwayat Ibnu Jabir)


Dan dengan al-wala’ wal bara’-lah kewalian Allah dapat dicapai. Diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas r.a.:
من أحب فى الله وأبغض فى الله ووالى فى الله وعادى فى الله فإنما تنا ل ولاية الله بذلك ولن يجد عبد طعم الإ يمان وإن كثرت صلاته وصومه حتى يكون كذلك وقد صارت عامة مؤاخاة الناس على أمر الدنيا وذلك لا يجدي على أهله شيئا
“Sesiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi wala’ keana Allah, dan memusuhi kerana Allah, maka sesungguhnya dapat diperolehi kewalian Allah hanya dengan itu. Dan seorang hamba itu tidak akan merasakan lazatnya iman, sekalipun banyak solat dan puasanya, sehingga ia melakukan hal tersebut. Dan telah menjadi umum persaudaraan manusia berdasarkan kepentingan duniawi, yang demikian itu tidaklah bermanfaat sedikit pun bagi para pelakunya.” (Hadis Riwayat at-Thabrani dalam al-Kabir)


Maka jelaslah bahawa menjalin wala’ (kecintaan) dan ukhuwah selain kerana Allah tidak ada gunanya di sisi Allah s.w.t.


3 - MUDAHANAH DAN KAITANNYA DENGAN AL-WALA’ WAL BARA’


Mudahanah ertinya berpura-pura, menyerah dan meninggalkan kewajiban amar ma’ruf nahi mungkar serta melalaikan hal tersebut kerana tujuan duniawi atau ambisi peribadi. Maka berbaik hati, bermurah hati atau berteman dengan ahli maksiat ketika mereka berada dalam kemaksiatannya, sementara ia tidak melakukan pengingkaran padahal ia mampu melakukannya maka itulah mudahanah.


Kaitan mudahanah dengan al-wala’ wal bara’ tampak dari erti dan definisi yang kita paparkan tersebut, iaitu meninggalkan pengingkaran terhadap orang-orang yang bermaksiat padahal ia mampu melaksanakannya. Bahkan sebaliknya ia menyerah kepada mereka dan berpura-pura baik kepada mereka. Hal ini bererti meninggalkan cinta kerana Allah dan permusuhan kerana Allah. Bahkan ia semakin memberikan dorongan kepada para penderhaka dan perosak. Maka orang penjilat atau mudahin seperti ini termasuk dalam firman allah s.w.t.:

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (٧٨)كَانُوا لا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ (٧٩)تَرَى كَثِيرًا مِنْهُمْ يَتَوَلَّوْنَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ أَنْ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَفِي الْعَذَابِ هُمْ خَالِدُونَ 

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di Dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampaui batas. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan pelampauan batas), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan. Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buru apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka). (al-Ma’idah 5: 78-80)

Tiada ulasan: