PENGIKUT

Khamis, Disember 11, 2014

KENA TAHU BEZAKAN PERMATA DAN PASIR

Mutakhir ini, isu Ulama' Ekspress dan asatizah sering dibualkan dan menjadi pertikaian di kalangan masyarakat. Kita kena tahu perbezaan antara tiga perkara yang paling pokok:
 i. Insan beragama. 
ii. Insan yang belajar agama. 
iii. Insan yang faqih dan memahami agama. 

INSAN BERAGAMA Umat Islam adalah duta agama Islam. Sebab itu tugasan sebagai pendakwah, menjadi tanggungjawab setiap manusia dan insan yang beragama. Selagi mana ada mengakui dan bersaksi Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainka Allah SWT, maka anda telah menjadi duta kepada agama Islam. Setiap perkataan, perbuatan dan keperibadian anda akan memberi gambaran kepada Islam. Adakah ini orang Islam? Maka setiap perbuatan, perkataan dan keperibadian anda juga sebahagiaan daripada jalan dakwah. Memberi gambaran yang baik tentang Islam menjadi kewajipan setiap umat Islam. Oleh itu, jangan serahkan soal pengetahuan agama kepada para asatizah semata - mata.


 INSAN BELAJAR AGAMA 

Keuntungan umat akhir zaman, mereka memperolehi agama secara nasab. Lahir dalam keluarga Islam dan membolehkan mereka mengenal Islam dengan begitu mudah. Maka, insan yang beragama perlu mempelajari agama. Belajar untuk mengenali Pencipta dan Rabb 'alamin. Belajar agama menjadi tuntutan buat setiap manusia yang merasakan diri mereka hamba kepada Allah dan insan yang beragama. Pada waktu dan saat ini (belajar agama), sesiapa pun kita tak mampu berhukum. Kita tidak boleh berijtihad dan beristinbat hukum sewenang-wenangnya melainkan dengan panduan, asuhan dan juga disiplin ilmu yang ketat daripada para mujtahid yang muktabar disandarkan kepada dalil Quran dan As Sunnah yang sahih termasuk qaul Ijma' dan Qias. Dalil daripada Quran juga perlu diteliti dengan baik bersandarkan kepada asbabun nuzul dan kisah disebalik penurunan ayat tersebut. Begitu juga As Sunnah. Ianya menpunyai wurud yang tersendiri dan kisah disebalik hadith tersebut. Perlu dititik beratkan wasilah perawi agar tiada kecacatan. Oleh sebab itulah menjadi keperluan kepada umat Islam untuk belajar agama serta memahaminya. 

INSAN MEMAHAMI AGAMA 

Kumpulan ketiga merupakan kumpulan yang tertinggi dalam agama sehingga mendapat pengiktirafan tertinggi daripada Allah dan Baginda SAW. Allah berfirmsn, "manusia yang paling tinggi darjat adalah mereka yang bertaqwa" dan Baginda SAW bersabda, "ulama adalah pewaris nabi". Menjadi insan yang memahami agama tidak semudah menyertai program agama dan sebagainya. Memahami agama perlu dengan adab yang tinggi, berguru, bimbingan dan semangat yang tinggi (mujahadah). Kebiasaannya para ulama' dan asatizah tidak sekadar mengaji dan belajar mengikut silibus semata - mata mengejar taraf dan darjat sehingga memperolehi Ph.D. Mereka yang faqih, kebiasaannya belajar dalam jangka masa yang panjang, puluhan guru, ratusan atau ribuan kitab serta pelbagai bidang. Kadangkala, para Ulama' dan asatizah kontemporari mempunyai had bidang yang sangat terhad. Ada yang menguasai bahasa...tetapi tidak pada yang lain. Ada yang menguasai Quran...tetapi tidak kepada As Sunnah. Ada yang belajar Syariah tetapi tidak kepada Usuluddin. Maka, di sinilah perlunya sikap hormat menghormati diantara satu sama lain berdasarkan kepakaran masing - masing. Kesimpulannya, terserah kepada kalian untuk masuk ke dalam golongan yang mana...disitulah taraf kita disisi Allah. Syurga yang cantik, hanya mampu ditatap sahaja sekiranya anda hanya sebut... "...tak apa, mcm ni pun o.k dah...". Renungkan. Muhasabah diri kita.

 Salam sayyidul ayyam
 Abu Zahra'
 Hayyu Asyir, 
Kaherah 05hb Disember 2014

Tiada ulasan: