PENGIKUT

Khamis, Disember 11, 2014

ISU ASATIZAH EKSPRESS : Kenapa dibenci mereka yang berhijrah?

Saya menonton melalui youtube ucapan yang disampaikan oleh Dr. Mashitah Ibrahim, ex-UIAM dan ex-Timb. Menteri JPM (Jakim) tentang isu ustaz dan ustazah ekspress. Sukalah untuk saya memberi semangat kepada mana-mana individu atau artis yg berhijrah sama ada yang berjuang dalam parti, NGO ataupun secara individu...teruskan perjuangan anda. Jangan gusar dengan apa yg disampaikan. 

Berdakwahlah. Ajaklah masyarakat kembali kepada Allah dan RasulNya. Pesan Baginda SAW : "Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat" Lebih baik Ustaz dan Ustazah Ekspress yg mengambil bahagian dalam menyampaikan dakwah ke arah kebaikan dan kembali kepada Allah TETAPI bukan dalam soal menentukan hukum. Soal berdakwah, siapa pun kita kena ambil bahagian. Tetapi... bila sebut soal hukum dan benda yg lebih penting, kena serahkan kepada 'ahli'nya. Itu sahaja. Apa yg lebih buruk... bila dah lama jadi Ustazah, tetapi boleh menghina hukum Allah... mengaji dan tahu apa itu hukum namun tetap memperlekehkan apa yg telah Allah tetapkan. Itu lebih haru dan merosakkan. Semoga Allah memberikan taufiq dan hidayah kepada Dr. Mashitah diatas kecelaruannya serta menjadikan beliau manusia yg baik selepas daripada ini. Wallahu'alam. Salam kasih sayang,

Abu Zahra' Hayyu Asyir, 
Kaherah 

Tiada ulasan: