PENGIKUT

Isnin, September 16, 2013

Ijtimak Tarbawi 3.0

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagai salah satu sayap Gerakan Islam tanahair ini sekali lagi akan menganjurkan program tahunannya di Maahad Tahfiz Al Quran Al Muhammadi Kundang Ulu Ledang [ dalam Parlimen Pagoh Johor ] pada 4, 5 dan 6 Oktober 2013 akan datang. Program yang dimaksudkan ini ialah Ijtimak Tarbawi 3.0




2. Ijtimak Tarbawi 1.0 peringkat kebangsaan ini pernah dianjurkan pada 1, 2 dan 3 Oktober 2010 di Perkarangan Masjid Rusila Terengganu dengan kehadiran melebihi 5000 peserta dari seluruh negara.




3. Ijtimak Tarbawi 2.0 pula diadakan pada 28, 29 dan 30 Oktober 2011 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad Taman Melewar Selangor.




4. Ijtimak Tarbawi anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia ini berperanan besar untuk memperkasakan Gerakan Amal Tarbawi dalam Parti Islam Se Malaysia [PAS] sebagai Gerakan Islam melalui gandingan 3 elemen utama iaitu :


Aqidah yang benar
Fikrah yang syumul
Syakhsiyah yang soleh


5. Penganjuran Ijtimak Tarbawi peringkat kebangsaan ini di tetapkan pada bulan Oktober setiap tahun kecuali DPPM terpaksa menangguhkan penganjuran untuk tahun 2012 kerana memberi laluan kepada tumpuan gerakkerja parti menghadapi pilihanraya umum ke 13.


6. Penyertaan Ijtimak Tarbawi 3.0 ini mewajibkan semua EXCO DPPM, EXCO DPP Negeri - Negeri dan 12 orang peserta daripada setiap DPP Kawasan dengan mengutamakan AJK DPP Kawasan. Ia juga terbuka kepada semua pemuda dan pemudi Islam yang menyintai Amal Tarbawi. Sementara sasaran kali ini ialah 3 - 5 ribu peserta berasaskan kesesuaiaan lokasi program.

Tiada ulasan: