PENGIKUT

Khamis, November 15, 2012

Isu Calon Hak PAS Pusat

Soal calon bukan berada di bawah bidang kuasa Dewan Ulamak, sebaliknya ia hak PAS Pusat. Menjawab isu berkenaan calon ulama terpinggir sebagai calon pada pilihan raya, setiausaha dewan itu, Dr. Khairuddin Ahmad Razali berkata, "Selain kelayakan dari segi syaksiah banyak aspek lain yang menjadi pertimbangan, namun ia lebih bersifat strategi yang tidak boleh diumumkan secara terbuka." 

 Tambahnya, setiap kali pilihan raya, Dewan Ulamak menghantar antara 20 hingga 25 peratus senarai calon dari kalangan ulama atau bertaraf ulama. Bagaimanapun sudah menjadi prinsip dalam Dewan Ulama, mana-mana pihak yang meminta untuk disenaraikan sebagai calon akan diketepikan. Fenomena kebimbangan golongan ulama terpinggir sebagai calon pada pilihan raya mula hangat diperkatakan selepas bekas-bekas pegawai kanan kerajaan menyertai PAS sekarang menjadi 'trend'. 

 Isu yang dibangkitkan Wakil Urusan Bagan Datoh Perak, Mohd Khir Jamaluddin itu menyatakan, golongan baru ini tidak pernah menjalani proses tarbiah dalam parti. Namun kemungkinan besar mereka mendapat tempat sebagai calon pada PRU nanti adalah lebih. “Sedangkan ada calon-calon dari kalangan ulama yang berwibawa, namun dibimbangi kemungkinan akan diketepikan,” katanya. 

Menjawab persoalan yang sama, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mahfudz Mohamad berkata, pernah berlaku ada pihak yang meminta untuk dicalonkan ditolak, kemudian dia membawa diri menyertai parti lain. “Dalam kes yang berlaku itu akhirnya parti terbabit juga menyingkirkan orang berkenaan. Jadi keputusan awal kita menolak hasratnya menjadi calon terjawab dengan sendiri,” ujarnya menjawab.

Tiada ulasan: