PENGIKUT

Isnin, Oktober 22, 2012

UMNO GAGAL BELA RAKYAT

Umno BN secara konsisten terus menjadi liabiliti kepada rakyat Malaysia. Kegagalan ini meletakkan Umno BN tidak layak untuk menguruskan kekayaan negara.Sistem cukai yang membebankan hanya mengkayakan kelompok kecil yang tertentu. Demikian tegas sebahagian pembentang kertas kerja Wacana Analisis Bajet yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Wilayah dan Dewan Pemuda PAS Wilayah baru-baru ini di KUIZM.

 Menurut salah seorang pembentang, Zaharuddin Mohamed iaitu salah seorang ahli Majlis Syura PAS menegaskan sudah tiba masanya rakyat Malaysia bangkit daripada lamunan tidur untuk melakukan perubahan memilih alternatif yang telah dikemukakan oleh Islam untuk menangani isu ekonomi Malaysia yang semakin tenat ini. Menurut beliau lagi, sistem polisi cukai yang diguna pakai oleh kerajaan Umno BN sekarang jelas bertentangan dengan Islam dan meenjadikan rakyat seolah-olah hamba yang bekerja untuk kelompok kecil tertentu di dalam negara ini. 

Beliau turut mengulas tentang fenomena 'occupy wallstreet' yang berlaku di negara luar tetapi seolah-olah cuba disembunyikan oleh pihak kerajaan di negara ini. Ianya adalah fenomena 1% 'against' 99%. 99% mewakili rakyat manakala 1% mewakili golongan elit yang menguasai kekayaan negara. "Rakyat Malaysia bukan sahaja dibebankan dengan cukai yangberlambak-lambak tetapi terpaksa bekerja untuk mengkayakan individu-individu tertentu yang menjadi golongan elit di negara ini" ujar beliau lagi.

Tiada ulasan: