PENGIKUT

Isnin, Oktober 22, 2012

LAPORAN AUDIT BUKTI UMNO GAGAL TADBIR NEGARA

Laporan audit yang telah dikeluarkan baru-baru ini adalah kemuncak lambang kegagalan Umno BN menguruskan kekayaan negara dengan baik. Ianya amat bertentangan prinsip dengan prinsip wasatiah yang dicanangkan oleh Umno selama ini di seluruh negara bahkan memalukan umat Islam di negara ini. Rakyat sudah bosan dengan pembaziran, kebocoran dan ketirisan yang berlaku. Rakyat sudah tidak mampu menanggung lagi kerajaan yang sedia ada.

 Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din ketika mengulas berkenaan laporan yang terbaru dikeluarkan baru-baru ini yang memberikan isyarat bahawa Umno BN menjadi liabiliti kepada rakyat Malaysia sekarang yang mesti ditumbangkan dalam PRU yang akan datang. "Busuk ikan bermula daripada kepala ! Lihatlah bagaimana negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat telah mendapat pujian yang membanggakan dari pihak audit , itupun dengan pelbagai sekatan dan tekanan daripada pihak kerajaan pusat yang didokong oleh Umno BN, bayangkan sekiranya Putrajaya kita takluki , insyaAllah lebih banyak lagi kemakmuran yang akan mengalir kepada rakyat" tegas beliau lagi.

 "Angka-angka ketirisan yang begitu menggerunkan telah dipaparkan secara 'rasmi' sekiranya dibiarkan berterusan nescaya negara akan menuju ke arah negara yang bankrap" ujar beliau lagi. " Kekayaan Malaysia adalah anugerah Allah s.w.t, maka ianya mesti diuruskan mengikut kehendak Allah sebabnya apa yang perolehi selama ini adalah milik Allah, kegagalan untuk mengikut peraturan Allah sudah pasti akan mendatangkan mudarat kepada seluruh manusia" kata beliau lagi. "Kalau Umno BN terus diberi mandat untuk memerintah, selain daripada kita, generasi selepas kita juga turut menderita , kita yang menanggung hutang dan ketirisan yang berbilion ini! "

Tiada ulasan: