PENGIKUT

Selasa, September 18, 2012

PENGIRAAN WAKTU DUHA

Assalamualaikum .. 

Waktu solat Duha adalah dari waktu naik matahari sehingga waktu condong matahari ke arah barat. Pengiraan waktu Duha sacara astronomi adalah nerdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu sepertiga perbezaan waktu syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Duha bermula 28 minit selepas waktu syuruk dan berakhir setelah masuk waktu Zuhur. 


 Contoh pengiraan berdasarkan formula astronomi: 

 Waktu Duha = waktu syuruk + 1/3 (waktu syuruk – waktu Subuh)

 Contoh jadual waktu Sembahyang di Mukah (Zon 4) pada 16 Mac 2011: 

Waktu syuruk : 0638 pagi Waktu Subuh : 0524 pagi 

Waktu Duha di Mukah pada 16 Mac 2011 ialah: Waktu syuruk + 1/3 (waktu syuruk – waktu Subuh) = 0638 + 1/3 (0638 – 0524) = 0638 + 1/3 (74) = 0638 + 25 minit = 0703 = 7:03 pagi 

 Selepas seronok mengira, sekarang jom kita sama-sama amalkan solat sunat Duha. 

 Sumber: Unit Falak, Bahagian Penyelidikkan JAKIM. Kaedah Panduan Falak Syarie.

Tiada ulasan: