Assalamualaikum ..
Solat adalah merupakan amalan yang paling besar dan agung selepas iman terdapat banyak sebab mengapa solat itu besar dan agung, di antaranya:
✿ Solat adalah ibu segala ibadah.
✿ Diperintahkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad tanpa perantaraan malaikat Jibril
✿ Siapa yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kafir.
✿ Seluruh anggota badan manusia terlibat semasa solat: fizikal (perbuatan), mulut (perkataan), akal (memahami) dan hati ataupun roh (menghayati).
✿ Intipati dan intisari ajaran Islam.
✿ Hendaklah suci lahir dan batin apabila hendak mengerjakannya.
✿ Menghadap kiblat (lambing perpaduan)
✿ Terikat dengan waktu.
✿ Digalakkan berjemaah.
✿ Pelbagai bentuk amalan para malaikat dan Rasul.
✿ Pelbagai bentuk amalan rohani dan jasmani.
✿ Solat adalah tiang seri agama.
✿ Simbol merendah diri.
✿ Ibadah yang paling lengkap.
✿ Zikir paling besar dan agung.
✿ Ibadah anggota lahir dan batin.
✿ Terkandung semua bentuk doa.
✿ Mikraj orang Mukmin.
✿ Pembaharuan ikrar, syahadah dam pembersihan jiwa.
Dari Buku Mari Belajar Solat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan