PENGIKUT

Khamis, Oktober 09, 2014

Oktoberfest Wajib Dihentikan

Pesta arak Oktoberfest yang berlangsung di negara kita adalah pengkhianatan terhadap sosio budaya dan nilai tatasusila beragama di Negara kita. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengakui bahawa orang bukan islam mempunyai hak yang diperuntukkan untuk meminum arak namun dalam ruanglingkup yang dibenarkan. Arak boleh diminum oleh mereka bahkan islam tidak pernah menyekat untuk mereka menikmati arak sebagaimana makanan yang lain. Namun islam amat bertegas dalam prinsip dan tidak membiarkan penularan gejala-gejala keruntuhan sosial berlaku.

 Pesta arak ini banyak aspek buruknya iaitu ia akan menjadikan arak ini bahan promosi dan kita bimbang ada dikalangan umat islam yang terlibat sama. Umat islam diharamkan sama sekali untuk terlibat dengan pesta ini, bukan setakat menghadiri dan meminum arak akan tetapi dengan menjadi orang tengah yang mempromosi Oktoberfest ini pun sudah haram. DUPP amat kesal diatas penganjuran yang saya difahamkan pihak kerajaan Selangor sendiri tidak pernah meluluskan penganjuran Oktoberfest ini. Syarikat Carlsberg mesti memohon maaf secara terbuka jika tidak pihak kerajaan Selangor mesti mengambil tindakan tegas diatas sikap mencemarkan sensitiviti umat islam yang pada ketika ini umat islam sedang meraikan sambutan hari raya aidiladha.

 Pihak DUPP juga menuntut kepada kerajaan Selangor melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyiasat penganjuran pesta ini dan mencari dalang siapa yang sebenarnya terlibat dalam perkara ini sehingga boleh tersebar sebagai festival arak. DUPP berharap umat islam tidak terlibat sama dalam perkara ini dan kepada orang bukan islam agar mereka faham bahawa lunas-lunas keagamaan dalam semua agama tidak membenarkan penularan gejala yang tidak baik dalam masyarakat melalui arak yang memabukkan ini. 

YAB USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB 
Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Tiada ulasan: