Dewan Ulama Pas kesal dengan tindakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang seperti menunjuk-nunjuk 'kemenangan mereka' apabila berjaya menganjurkan pesta minum arak, Oktoberfest di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Lebih dikesalkan jelas Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad ialah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak mengendahkan bantahan dilakukan oleh parti tersebut sebelum ini.
Tegasnya, bantahan Pas sewajarnya didengari oleh sekutu-sekutu parti itu memandangkan Selangor merupakan sebuah negeri pakatan pembangkang dan bukannya milik mutlak DAP dan PKR terutama apabila melibatkan soal sensitif seperti penganjuran pesta arak.
Mengulas lanjut, Mahfodz menjelaskan, Dewan Ulama akan mengkaji tindakan DAP dan PKR tersebut bagi memastikan perkara sama tidak berulang selepas ini dan seterusnya merumitkan lagi tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang.
"Kita mesti pastikan bahawa parti dalam pakatan pembangkang menunjukkan kerjasama bersama Pas, bukan antara PKR dan DAP sahaja. Benda tidak enak (pesta arak) jangan teruskan, kita ada persefahaman politik," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan