Assalamualaikum ....
Kemenangan Morsi di Mesir yang diistiharkan semalam merupakan suatu kemenangan yang manis dalam usaha menegakkan keadilan di bumi Allah s.w.t.
Demikian tegas setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ust Dr Khairuddin Razali At-Takiri dalam laman sosial beliau ketika mengulas perkembangan terkini Mesir yang menyaksikan Morsi diistiharkan secara rasmi sebagai pemenang dalam Pilihanraya Presiden negara itu.
Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.
Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi.
Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir.
"Moga kemenangan ikhwan muslimin di mesir menjadi insipirasi pejuang Islam di Malaysia untuk meningkatkan lagi usaha dakwah dan penerangan kepada rakyat"
" Dan untuk akhirnya bumi ini ditadbir oleh hamba-hamba yang soleh sebagaimana janji Allah bahawa bumi ini pasti diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh". ujar beliau dalam laman sosialnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan