Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato' Ustaz Harun Taib mengingatkan umat Islam bahawa perjuangan menegakkan Islam di negara ini menghadapi beberapa cabaran yang perlu diatasi untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.Katanya, terdapat empat cabaran utama iaitu menghadapi golongan yang tidak faham Islam, ulama' dunia, penguasa dalam masyarakat dan musuh tradisi Yahudi serta Nasara."Kita (umat Islam) kena yakin perjuangan ini terpaksa menghadapi beberapa cabaran. Pertama, cabaran orang tidak 'reti' (tahu) Islam. Ini yang dihadapi oleh Dewan Ulamak dan para ulama'."Dari mula tubuh (PAS) lagi, masyarakat Malaysia ini khususnya tidak mengaitkan antara agama dengan politik. Masyarakat yang berfahaman sekular, fahaman 'politik suku agama suku'."Kita (PAS) berusaha menghadapi cabaran ini dan akhirnya mereka terpaksa juga mengakui bahawa Islam itu tidak boleh dipisahkan dengan politik," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama' PAS Negeri Terengganu Kali Ke-47 di Dewan Banat, Madrasah Darul Quran (MDQ), Rusila, Marang yang lalu.Cabaran kedua, katanya ialah menghadapi golongan ulama' dunia atau ulama' "jahat" yang ditaja oleh pihak tertentu."Ulama' "pulus" (duit) yang terpaksa kita (PAS) hadapinya. Golongan ini terpaksa kita (Islam) hadapi sepanjang zaman, di dalam dunia yang kita hidup ini dan dalam dunia yang umat Islam lain hidup.Menurut beliau lagi, kita berhadapan dengan golongan ulamak yang tertentu yang mempertahankan tindak tanduk Umno BN yang bertentangan dengan Islam.
Menurut Tuan Guru Dato' Harun Taib, cabaran ketiga pula kerana menghadapi pihak yang berkuasa dalam masyarakat, negeri dan negara.Katanya, bermula di peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) hingga kepada kerajaan yang memerintah negeri dan negara."Ketiga, orang-orang yang berkuasa dalam masyarakat. Sebab itu, kalau orang kampung lawan dengan JKKK. Sebab JKKK ini berkuasa dalam masyarakat. Selepas JKKK, lawan kerajaan pula dan bertentangan dasar-dasar parti."Orang yang berkuasa dalam masyarakat itu selalu memandang kerja-kerja yang dilakukan para ulama' dengan memakai kaca matanya yang 'hitam'. Apa yang dilakukan oleh ulama' PAS semuanya buruk dan hendak memecah-belahkan masyarakat. Ini kita kena faham dan berusaha mengatasinya," tegasnya.
Dipetik dari Buletinonline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan