PENGIKUT

Rabu, Mei 30, 2012

Himpunan Hijau : Kerangka Penting Untuk Menuju PRU13


intan Abdullah 

 Assalamualaikum .. 

 Semua ahli PAS diseru agar hadir ke Himpunan Hijau ke Putrajaya yang insyaAllah akan berlansung 1 Jun depan diAlor Setar, Kedah.Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mahfodz Mohamad berkata, himpunan tersebut amat penting dalam kerangka menuju ke Putrajaya.Semua pihak ujarnya perlu mengambil serius program berkenaan bagi menggembeling kekuatan dalam menjayakan sasaran 100 ribu orang ahli. 


 "Ulamak kena berperanan kerana kemuncak program adalah munajat yang dipimpin Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dewan Ulamak perlu tampil kehadapan"ujarnya kepada Harakah.Dr. Mahfodz berharap, agar ulamak disemua peringkat, termasuk urusan ulamak di kawasan dan cawangan dapat hadir seramai mungkin bagi menyerlahkan kepimpinan ulamak."Saya harap kita dapat sama-sama ke Kedah, bermunajat dan InsyaAllah doa-doa kita akan dimakbulkan oleh Allah,"katanya lagi.~ HRKH

Tiada ulasan: