Setiausaha Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya menyifatkan rasuah negara mesti dibendung dengan menjatuhkan Umno BN dalam Pilihanraya yang akan datang.Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas kedudukan ranking Rasuah negara Malaysia yang memalukan seluruh rakyat Malaysia sebagai salah sebuah negara yang menganggotai OIC. Beliau berkata demikian dalam salah satu program anjuran Dewan Ulamak PAS yang diadakan di sini baru-baru ini.
Menurut beliau lagi, berbilion duit rakyat telah dibazirkan kerana rasuah yang tidak mampu ditangani oleh kerajaan Umno BN sekarang.Tegas beliau lagi, kecuaian dan pengabaian dalam memelihara ajaran Islam dan tidak menjadikannya sebagai agenda utama dalam pentadbiran negara akan menyebabkan rasuah akan terus kekal bermaharajalela dan sukar diperangi.
"Satu-satunya cara untuk memerangi gejala rasuah ialah dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan bukannya menggunakan hanya apabila tersempit sahaja" ujar belia lagi yang juga merupakan timbalan pengerusi Ulamak Pelapis PAS Pusat."Bayangkan sekiranya duit yangberbilion ini yang tiris dan bocor kerana rasuah digunakan untuk kegunaan manfaat rakyat , maka InsyAllah sudah negara Malaysia lebih maju lagi."tegas beliau."Rakyat Malaysia diseru untuk bersatu menumbangkan Umno BN dalam pilihanraya yang akan datang untuk memastikan duit dan harta rakyat Malaysia selamat"seru beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan