Rakyat Malaysia terutamanya orang melayu sudah lama digerhanakan oleh UMNO dan BN sejak mengambil alih pemerintahan Malaysia daripada penjajah. Tempoh 54 tahun adalah suatu tempoh yang sangat lama diberikan kepada UMNo dan BN yang merasakan masih memerlukan sedikit lagi masa untuk membetulkan segala kepincangan terutamanya orang melayu yang menjadi majoriti mangsa ketika zaman penjajah.Hakikatnya masa depan orang melayu semakin musnah bahkan Islam berani di cabar di bawah pemerintahan UMNO.
Demikian ulasan Ustaz Hj. Khairul Mutanazar b. Ismail, Pengerusi Lajnah Keahlian dan Ulamak Pelapis PAS Pusat terhadap ucapan Dato' Seri Najib Razak dalam majlis Sepetang Bersama PM sempena Perhimpunan Perdana Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), semalam.
"Sememangnya orang melayu tidak bersikap pelampau dan rasis seandainya dasar perjuangan adalah Islam,sebaliknya UMNO yang bersikap pelampau dan rasis kerana menolak Islam bahkan mengambil nasionalisme sebagai dasar perjuangannya. Seandainya Dato' Seri Najib membela bangsa dan agama serta mengamalkan wasatiyyah, kenapa berlakunya diskriminasi antara pentadbiran kerajaan pusat dengan negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat? Siapakah yang menentang pelaksanaan undang-undang jenayah syariah dinegeri Kelantan? Siapakah yang mengurangkan kuasa raja-raja Melayu ? kenapa tiada pertambahan kerusi melayu di parlimen bagi kawasan yang ramai pengundi melayu? dan banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan. Semua ini berlaku di bawah pemerintahan UMNO dan BN." tegas beliau.
"Kini sudah tiba masanya orang melayu sedar bahawa PAS dan Pakatan Rakyatlah sebagai harapan baru buat orang melayu dan rakyat Malaysia bagi menjamin hak-hak rakyat dan masa depan yang lebih baik sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Lihat saja contoh dan model pentadbiran di negeri-negeri bawah Pakatan Rakyat dari segi kepimpinan, pembangunan insan dan pengurusan kewangan jauh lebih baik walau dalam masa yang singkat berbanding pemerintahan UMNO dan BN yang telah lama memerintah Malaysia." ujar beliau lagi.
"Justeru, gerhana yang dibawa oleh UMNO ini mestilah dihilangkan agar terbit semula sinar baru bagi seluruh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia hari ini sudah bijak menilai dan memilih siapakah yang layak untuk menjalankan amanah dalam pemerintahan Malaysia dan siapa yang hanya pandai bercakap sahaja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan