PENGIKUT

Rabu, November 30, 2011

Ijtimak Pilihanraya Ulamak Haraki

Ijtimak Pilihanraya Ulamak Haraki yang diadakan di Melaka baru-baru ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Ijtimak tersebut menggabungkan Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka dan Negeri Sembilan.


Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka, Ustaz Asri ketika dihubungi baru-baru ini. Ijtimak Pilihanraya Ulamak Haraki tersebut dirasmikan oleh Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Melaka,Adly Zahari.Menurut Ustaz Asri, majlis berjaya dijalankan sepertimana yang dirancang dan ianya merupakan satu suntikan motivasi kepada petugas Dewan Ulamak PAS untuk menumbangkan kezaliman Umno BN dalam pilihanraya yang akan datang.

"InsyaAllah dengan komitmen yang ditunjukkan oleh para ulamak ini mampu untuk memberi satu lonjakan besar dalam PRU yang akan datang selain memperkukuhkan ukhuwwah di kalangan anggota dewan" ujar beliau lagi.


Dalam Ijtimak Pilihanraya Ulamak Haraki tersebut, dua kertas kerja dibentangkan. Kertas kerja pertama berkaitan dengan kaitan petugas PAS dengan kelebihan ribat sepertimana yang disebut di dalam hadis. Manakala kertas kerja kedua pula berkisar berkenaan dengan isu-isu semasa dan pandangan Islam dalam membawa memberikan penyelesaian yang tutas.

Tiada ulasan: