PENGIKUT

Rabu, November 05, 2014

ISU SIS : Sila Terima Ketetapan MAIS

Susulan pewartaan kesesatan dan penyelewengan fahaman Liberalisme dan Pluralisme yang berkaitan rapat dengan kegiatan SIS Forum yang dikeluarkan oleh Majlis Agama ISLAM Selangor (MAIS), telah diadakan satu sidang media yang melibatkan tiga Ahli Parlimen daripada PAS. Perkara yang  dibangkitkan Dalam sidang Media tersebut yang turut disiarkan oleh Sisters in Islam (SIS) dalam page facebook SIS. Isu ini dipandang berat oleh kami dari NGO Geng Ustaz. Yang sepatutnya turut dirasai bersama oleh sahabat sahabat yang berjuang dalam Parti PAS. 


 Menurut kenyataan media tiga MP tersebut, MP Parit Buntar, MP Sepang dan MP Shah Alam, mereka mendakwa bahawa fatwa yang diwartakan itu terburu terburu. Sedangkan isu ini telah menjadi suara rasmi dalam Muktamar PAS pada muktamar ke 55 di Shah Alam pada June 2009. Muktamar PAS pula adalah peruntukan Kuasa tertinggi dalam sistem kekuasaan Parti Menurut perlembagaan PAS. Tindakan membela SIS oleh ketiga tiga MP PAS ini ternyata membelakangi keputusan Muktamar PAS ke 55 yang telah meluluskan Usul untuk mendesak majlis fatwa menyiasat tentang aktiviti Liberalisme dan Pluralisme SIS semenjak ia ditubuhkan. Desakan berkenaan berkaitan dengan isu akidah umat ISLAM. Sepatutnya tidak boleh dipandang lekeh oleh pejuang pejuang gerakan ISLAM. Tambahan pula, isu liberalisme, sekularisme dan Pluralisme turut diwartakan sesat dan menyeleweng oleh Majlis Ugama Islam Indonesia. Dan sudah banyak buku dan artikel ditulis mengenainya. Manakala aktiviti aktiviti SIS juga sudah berada dalam laporan media utama sejak awal abad millennium lagi. 

Lebih malang lagi, tindakan SIS ini dipertahankan oleh pemimpin pemimpin dari Pakatan Rakyat, sedangkan mereka yang terlibat dengan SIS adalah sanak saudara pemimpin pemimpin Barisan Nasional. Jadi, di mana pertimbangan politik oleh ketiga tiga MP PAS yang terlibat tersebut. Kami, Geng Ustaz memandang serius isu ini yang boleh menyebabkan PAS hilang kepercayaan Umat ISLAM dalam mempertahankan kesucian dan kemurnian ISLAM dan Akidahnya. Tindakan ketiga tiga MP dari PAS ini patut diambil perhatian dan tindakan oleh pimpinan PAS kawasan dan Negeri demi menjaga keaslian perjuangan PAS yang berjuang menjaga kesucian dan keteguhan akidah ISLAM.

 Marilah bersama sama bertindak mengikut lunas lunas dan dalil ISLAM. Bukan terikut ikut demi menjaga sokongan Politik yang akhirnya menjerumuskan lebih ramai umat ISLAM dalam kekeliruan akidah dan fitnah zaman moden ini. Geng USTAZ menyeru kepada semua Umat ISLAM dan pencinta ISLAM,bertindaklah mengikut cara yang sepatutnya, bukan bertindak dengan menambah kerapuhan dan kekeliruan dalam pemikiran umat ISLAM kotemporari. Ayuh, pertahankan ISLAM dan Dasarnya!!   

Ustaz Norazli Musa 
Presiden Geng Ustaz

Tiada ulasan: